Monday, February 19, 2018

Bismillahirrahmanirrahim...

X tau plak bleh buat applikasi blogger kalo tahu semalam dah buat.. Pas internet nk abih plak.. Hee.. Pe2 pun alhamdulilah.. Allah bg jln kt ak utk ak isi mase lapang.. Xder ler ak isi mase dgn ke lagha an...so trima kasih pd Allah.. Xder ler ak mnghadap YouTube jer.. Kalo bleh nk uninstall YouTube tu.. Tp X bleh.. It's Okey..pasti ad hikmah yer..

Pe2 pun byk peristiwa brlaku Sepanjang 3 tahun ni.. Dan buat pertama kali dlm hidup ak.. Ak btul2 down.. Dan breakdown.. I mean mental breakdown..

Skang alhamdulilah.. Kje ak pun x berat sgt.. Dan ak lalui fasa down tu dgn baik walaupun X selancar mne.. Ad beberapa perkara yg x slesai lg.. Tp X truk mcm dulu.. Trima kasih pd Allah.. Sbb tunjukkn jalan.. Hantrkn seseorg pulihkn kembali semangat ak.. Encourage ak.. Dan kembalikn passion ak..

So kesimpulan yer jgn biarkn org lain smbil kesempatan keatas dri kita...so just be patient, keep calm and kept the faith..

See ya..

Sunday, February 18, 2018

assalamualaikum...dah lame rse yer..x tulis blog..almost 3 years x update blog ni..byk peristiwa yg berlaku sama ada yg baik atau buruk...

tp pling x bleh lupekn peristiwa thun lepas..mmg menagis dan mental btul2 breakdown..letih give up..btul2 down..tp alhamdulilah...i'm can thoroughly event x smooth..thun ni x brape nk stress tp stress dgn bnde lain almost libtkn org lain..tp fikirkn blik nk salahkn mereka pun..x bleh gak..just lepaskn mereka itu yg trbaik....why need to bother about them..while they are not be bother about you...just ignored..keep calm be patient and keep the faith...thats all..


just be yourself

just need to be a change for better life..hope Allah always guide me to be a better person...alhamdulilah..


Monday, August 15, 2016







ainul mardiah...

ainul mardiah 
 2 mata yg diredhai..
mencari cinta sejati..
cinta yg hakiki..

adakah ak layak..
layak dipanggil ainul mardiah..
sedangkn ak seolah2 tidak redha
tidak ikhlas dgn perkara yg berlaku...

oh Allah...
ampuni ak..
ak menzalimi driku...
terimalah taubat hambamu ini

ak rindukn perasaan ketenangan
ak rindukn keagunganMu..
ampuni ak..

ak ingin menjadi seperti ainul mardiah
bimbingi ak ya Allah..
tunjukkn ak jalan yg benar..
ak perlukn Mu..

ampuni ak..



Thursday, March 12, 2015

rbaca artikel psl mksud trsirat sesuatu lirik lagu...bg ak setiap lagu mempunyai maksud trtntu mngikut pndengar mcm khidupan manusia yg menilai sesuatu mngikut pndngn masing...
dlm ingatan ak..lgu2 dlm anime mahupun korea or ape skalipn lgu pn ad mksud trtntu gak...ikut pndngn msing...
ad stu lgu yg mnjadi inspirasi untuk ak trus blajr dn mnjd kuat...
proud of love -dbsk-
walking on the road                                                     
i'd think of going back
seeing your tears i reminisce
memories i just can't miss
my picture of our past
a timeless sentiment
every heartbeat that i feel
is every mile i step away from you
every night i count
i'd wish of holding you
a candle in an abyss
is what i am now
can't you feel the pain?
From the day you left me here?
You always been the friend i adore
more than anyone
my mind can still recall
the time you saved my heart
from the pain i felt
everything had already passed
through the way you changed my whole life
proud of your love....
tomorrow i will face the world all by myself
i miss the way you hold my hand
and every smile you share with me
tonight i'll pray sometime
you'll soon be back to me
i never thought of losing you
for all this time i guessed this love's forever
even if the strongest storm
would come our way
i promise you can always see me help you through
can't you feel the pain?
From the day you left me here?
You always been the friend i adore
more than anyone
even if today
my mind can still recall
the time you saved my heart
from the pain i felt
everything had already passed
through the way you change my whole life
can't you feel the pain?
From the day you left me here?
p/s ia mngingati ak psl arwah adikku dn sms ak bljr dulu 
bg ak mksud lgu ni mngenai seseorg yg kehilangn rakannya...dia menempuh prjalann yg sukar..kadang2 dia akn mngingati kembali memori bersama rakannya....dia tdk menyangka akn khilangn seorg rakan yg baik..rakan yg sentiasa saling mengingati dan sentiasa bersama susah senang..setiap kali dia x kuat dia akan mengingati kata2 smangat dr rakan dia...

Friday, October 19, 2012

tringt ktika zmn prskolhn dlu ad seorng guru prnh mngatakn..jgn prtikaian apa yg seorng guru lakukan krn apa yg dilkukan mereka adlh yg trbaik skali untuk pljrnya...kecuali apbla guru itu bnr2 mlakukan kslhn....ble difkirkn blik kalo dlu pljr mncri guru tp skarng dh trblik...guru plak trpksa crik pljr....dlu prnh skali kne tunjal kepala ngn kne cubit ngn cikgu matematik...smpai skarang walopun x ske kira2 nmun brkt guru trsbut lulus gak matematik....tringt lg pertama kali dtgo oleh guru krna mngeluarkn prkataan lucah...dr sjk ari tu mmg x prnh kuarkn prkataan tu smpai skang...dn mmg mmbnci prkataan tu...guru smmg yer adlh cntoh terbaik untuk diikuti sbb rasulullah sndri merupakan cntoh guru yg trbaikkkkkk....untuk diikuti...syngilh guru anda selagi dia menyayangi anda...jgn smpai guru brkcil hti dgn kita..kerana selepas redha ibubapa..redha guru adlh pnting...

Tuesday, September 25, 2012



10 AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
masakan nasi ambeng yang popular dalam kalangan masyarakat jawa

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.


3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

puasa mendidik nafsu bukan nafsu menguasai diri

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?


7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.
Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.
Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

ibubapa harus menekankan pembelajaran Al-Quran kpd ank2..
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.
Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.



9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.




10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.
Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.”
(Riwayat Bukhari) 
mari kita renung-renungkan dan selamat beramal..
wasalam..